Skip to main content

Posts

Cinta Si Mrs Iceberg Episod 4

     KIni, aku menjejak kaki ke dunia penuh sesak. Haaa! Sampai nafas aku pun boleh sesak. Fuyyooo!! Ada mat salleh kat KL Sentral wow! Cheh! Gayat pula aku. He he! Aku mengikuti langkah angah. Aku pun tak tahu dia nak bawa aku pi mana. Aku ikut je lah.    “kak, kau tunggu jap. Aku nak beli air. Kau nak air apa?” Tanya angah memandang ke arah aku    “hah? Air? Air minum je lah. Asalkan air. Jangan kau bagi aku air paip sudah. Nanti sakit perut aku” kataku sambil memandang ke arah sekeliling     “ish budak ni! aku cepuk kang!” kata angah bengang sambil berlalu pergi. Betul cakap abah. Minah ni sah tercabut wayar kat kepala. Huh! Bebel angah di dalam hati Sedang aku menunggu angah. Ada pula seorang mamat ni datang menghampiri aku. Handsome. Macam Francis. Mata dia pun lawa. Macam mata aku. Cheh! Perasan! Ha ha! Dia menyapaku    “hye.. alone?” soal mamat itu. Dia mengambil posisi di sebelahku   “hah? Yes”...

Cinta Si Mrs Iceberg Episod 3

   Angin dipantai menyeru untuk aku datang. Aku duduk di atas pokok kayu yang telah tumbang sambil menghayati ciptaan Tuhan. Macam manalah bila dunia ni nak kiamat? Semua hancur! Subhanallah! Sungguh amal aku belum cukup lagi. Sungguh gerun juga bila memikirkannya.       Sedang aku sibuk menghayati ciptaan Illahi, Miya, Hana dan Ikmal menghampiri aku.   “ bahhhhhh!!” sergah Ikmal. Gaya macam hape je aku tengok. Ha ha! Astaghfirullah al azim. Tah habis-habis kutuk kawan sendiri     “oi! Mak kau naik gajah terbang! Aiseyh! Ni nak bagi aku ‘heart attack’ ke apa ni?” soalku sambil melatah.      “Ha ha ha!” ketiga mereka mentertawakan aku. Aku membulatkan mataku sambil memandang mereka bertiga silih berganti.    “`okee-okee aku faham sangat dah kalau kau buat mata ‘double triple jerk’ kau tu” kata Miya sambil mengangkat tangan tanda mengalah.      Hana dan Miya mengambil t...

Cinta Si Mrs Iceberg EPISOD 2

  “ee! Dea! Mamat tu main kayu tiga Nampak! Apa lagi wehh! Jom serang” kata Miya yang sudah ingin bangun dari tempat duduknya. “Jangan!” kataku yang hampir menitiskan airmata. “korang aku... aku..”     “aku apa Dea? Kau dah nampakkan? Ni bukan kali pertama tahu!” Kata Hana bengang! “Irfan ke tu weh?” soal Ikmal yang masih terpinga-pinga dari tadi.   “err.. habis tu? Perompak?” kata Ain bengang yang dari tadi hanya menumpukan perhatian terhadap skrin komputernya. Ain lebih banyak mendiamkan diri daripada teman aku yang lain. Tetapi, apabila tiba waktu magmanya nak meletus! Semua bagaikan kucing hilang anak! Takut ohhh! “he he, tak adalah. Aku Tanya je. Ish” dengus Ikmal ala-ala gaya lembut gitu.         “nah, nota. aku balik dulu. Aku rasa tak sihat lah. Maaf weh. Nanti kau bagi tahu aku apa yang perlu. Assalamualaikum.” Kataku berlalu pergi.          ...

CINTA SI MRS ‘ICEBERG’ episod 1

    Nada dering ‘andai hatiku bersuara’ nyanyian Chomel bergema pada pagi itu. Itulah saat yang paling tidak disukai Dea. Kononnya menganggu dia tidur. Dea mencapai telefon bimbitnya dan melihat siapa yang telah mengirim sms kepadanya. “mak oii! Pakcik ni! Apesal lah dia menganggu aku pepagi nihh! Err!” aku membaca kiriman sms tersebut sambil mengomel. Assalamualaikum Dea, kau jangan tak ingat pulak temu janji kita pagi ni. Hah?? Temu janji? Temu janji apa ni? aku menggaru kepala yang tidak gatal! Sambil mengingati perkara yang disebut oleh Ikmal, kawanku. Iyalah! Kawan aku ni suka buat gempak. Cheh! Ha ha ha!! “Allah! Ni mesti kes lepas Subuh aku terus tidur ni! Dah lambat lah!!” aku yang baru teringat akan janji temu itu terus bingkas bangun dari tempat tidur dan menuju ke bilik air.  Itulah kau Dea, tadi syok sangat kutuk si Ikmal tu! Hah! Amek kau! Baru kau ingat! Haish!! Dah lambat! Dah lambat! “Assalamualaikum. Maaf, aku lambat huh!” kata...

coming soon kemunculan cerpen hasil nukilan @nazihah minal.....

assalammualaikum...dan salam satu malaysia......hai readers....... hari ini xde pe yang nak cerita..cume nak bagitau..aku ada satu cerpen yang nak share dengan korang..tapi mungkin minggu depan baru aku publish kat blog aku ini...itu pun by episode la..kang publish sekali semua...naik juling pulak mata korang nak baca kan??yela..kalau banyak sangat yang nak di baca takut pulak korang bosan last-last cerpen itu tak habis di baca....tapi aku nak beritahu..kali ini...cerpen ini bukan hasil nukilan aku tau......ini hasil nukilan adik aku yang n0 3..nazihah minal namanya...dia ambil masa yang begitu lama untuk dia siapkan cerpen dia ini..aku harap cerpen dia ini akan dapat sambutan daripada korang.....apa yang kurang dan yang xbetul tu korang boleh je komen..yela...dia pun baru saja berumur 15 tahun, form 3 tahun ini..budak baru nak belajar katakan..so..bagi-bagilah semangat kat dia..sebab aku tengok dia ini minat betul dalam bidang penulisan ini..aku harap dia boleh guna minat dan b...

Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2014

Assalammualaikum dan salam satu malaysia..... hari ini aku nak kongsi sedikit dengan korang pertandingan yang akan dianjurkan oleh FOMCA dan rakan kerjasama oleh JKJR, STANDARD MALAYSIA, dan MROS...penaja untama pertandingan ini pula ialah TNB, PETRONAS, GIANT dan TM.. banyak tau pertandingan yang boleh korang join..best2..antaranya...pertandingan mengarang esei, mewarna pengguna, poster pengguna dan bermacam-macam lagi..korang boleh pergi ke http://www.mypengguna.com/v6/index.php/esei-pengguna dan pilih lah pertandingan mana yang korang nak join dan layak untuk korang join... tarikh tutup untuk semua pertandinagn ini ialah pada 4 julai 2014...ha..sempat lagi kalau ada pembaca-pembaca aku ini berminat nak sertai..hadiah-hadiah pun best tau berbaloi lah dengan apa yang korang usahakan nanti...borang pertandingan pun korang boleh dapat dekat laman web tersebut..boleh sertai melalui secara online dan boleh juga sertai melalui pos.. aku lupa nak beritahu lagi..pertandi...

siswazah perantis..try la...

assalammualaikum dan salam 1 malaysia..... di pagi yang indah ini, alhamdulillah aku baru sahaja selesaikan 2 bungkus nasi lemak+telur dadar, karipap 3 keping bersama air nes o....perggghhhhh..kau makan ke apa ini eyna???hahahaa...aku kongsi leerrrr...hikhikhik.... malam tadi aku ada dapat 1 mesej dr seorang sahabat....pagi tadi pun aku ada dapat juga im dari seorang sahabat bertanyakan tentang punb iaitu program siswazah perantis ini...alhamdulillah ada juga feedback dari pembaca blog aku ini sebab dioarang berminat dengan program punb ini.... okeee....soalan-soalan mereka aku sudah pun menjawabnya personal..tapi aku nak juga bagi jawapan kat public supaya kita boleh kongsi bersama... program siswazah perantis tak kisah siapa pun yang menyertainya..xkira lah korang bujang ke dah berkahwin ke dah anak ke..xkisah....tapi yang kisahnya..korang mesti ada diploma degree dan ke atas....course apa yang korang ambil pun xkisah..janji korang ada dip dan keatas....okeee??? ...