Skip to main content

Posts

Showing posts from May 29, 2013

Pekerjaan yang anda sukai adalah rahsia kebahagiaan anda...

sabarlah menghadapi hari-hari yang sukar  kerana semua kesukaran pasti ada akhirnya dan kesabaran itu hanya dimiliki oleh orang yang mempunyai kedudukan mulia.... seseorang yang genius di dalam bidang apa pun, pasti akan tetarik dengan sendirinya bidang yang telah diciptakan Allah dalam dirinya sebagai bakat yang membuatnya dapat mencipta tanpa ada kekuatan baginya untuk melawan, meskipun dia mengeluh dalam bidang ini kerana nasibnya yang buruk. sesungguhnya hanya bidang inilah satu-satumya pekerjaan yang dapat ditanganinya dengan hati yang senang dan gembira betapapun tumpang-tindihnya kesulitan yang dialami dalam pekerjaannya, betapapun kecilnya harapan untuk dapat meraih keuntungan dan kejayaan darinya ; betapapun dia menoleh ke belakang sambil menarik nafas dalam dan berharap boleh berpindah ke bidang lain yang lebih bermanfaat dan lebih banyak keuntungannya ; betapapun dia mengeluh kerana kemiskinan yang disebabkan oleh bidang yang ia pilih ; sesungguhnya hanya pekerjaa

Berjimat Cermat Amalan Mulia

Salah satu cara pengurusan bijak dan kreatif dalam merancang kewangan ialah dengan berjimat - cermat. Sesungguhnya orang yang suka membazir ituadalah saudara syaitan. berikut adalah beberapa tip yang boleh kamu ikuti untuk berjimat - cermat. 1.  SEDIAKN BAJET            Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Paling penting, utamakan keperluan diri terlebih dahulu berbanding kehendak. 2. BAWA BEKAL KE KULIAH ATAU PEJABAT      Jangan malu untuk membawa bekal ke kuliah atau pejabat. Dengan cara ini kita dapat berjimat dan duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan atau kecemasan. 3. MASAK SENDIRI     Kurangkan makan di kedai. Selain dapat berjimat, kebersihan juga lebih terjaga. Secara tidak langsung akan mengurangkan kos perubatan apabila tubuh kita sihat.  4. TANAM SENDIRI SAYUR - SAYURAN      Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk