Skip to main content

Posts

Showing posts from February 4, 2014

MY BUSKERS CORNER PLATFORM BELIA TAMPILKAN BAKAT

  gambar hanya hiasan gambar hanya hiasan MELAKA 2 Feb. - Sebanyak 10 bandar raya akan menyediakan tempat awam yang dikenali sebagai My Buskers Corner bagi memberi peluang kepada pemuzik jalanan khususnya golongan belia menampilkan bakat mereka di khalayak ramai.  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, My Buskers Corner merupakan platform yang lebih teratur untuk penghibur jalanan mempamerkan bakat mereka.  Menurutnya, aktiviti tersebut diwujudkan menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sepuluh bandar terpilih dan ia sebagai usaha menghidupkan aktiviti di bandar berkenaan.  Beliau berkata, bandar raya Melaka dipilih sebagai perintis projek My Buskers Corner sebelum disusuli sembilan buah bandar raya iaitu Kuantan, Port Dickson, Ipoh, Johor Bahru, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuching, Kota Bahru dan Kota Kinabalu.  ''Kementerian melihat persembahan berkonsepkan busking berpotensi untuk menjad