Skip to main content

Posts

Showing posts from July 11, 2013

cinta

Mana mungkin manusia biasa seperti aku terlepas dari cinta. Cinta adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang Maha Esa kepada hambaNya. Kerana cinta itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai yang cuba membuat kesimpulan apakah makna sebenar cinta. Aku kurang faham makna sebenar cinta, aku kurang jelas mengenainya. Namun aku cuba mencari jawapan, aku cuba membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman aku sendiri. Sebenarnya cinta itu memiliki sifat-sifatnya yang tersendiri. Cinta tidak semestinya hanya kepada seorang insan bernama kekasih. Tetapi cinta itu merangkumi seluruh kehidupan. Dan dari pengamatan aku, cinta itu sebenarnya adalah..  Amanah Dari Allah Ya, cinta itu adalah amanah! Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak yang perlu dituntut. Apabila jatuh cinta kepada seseorang, kita rasa seolah-olah kita memerlukannya. Kita mahu memilikinya, kita mahu dia mendampingi kita dan ki