Skip to main content

Cinta Si Mrs Iceberg EPISOD 2


  “ee! Dea! Mamat tu main kayu tiga Nampak! Apa lagi wehh! Jom serang” kata Miya yang sudah ingin bangun dari tempat duduknya.

“Jangan!” kataku yang hampir menitiskan airmata.
“korang aku... aku..”

    “aku apa Dea? Kau dah nampakkan? Ni bukan kali pertama tahu!” Kata Hana bengang!

“Irfan ke tu weh?” soal Ikmal yang masih terpinga-pinga dari tadi.

  “err.. habis tu? Perompak?” kata Ain bengang yang dari tadi hanya menumpukan perhatian terhadap skrin komputernya. Ain lebih banyak mendiamkan diri daripada teman aku yang lain. Tetapi, apabila tiba waktu magmanya nak meletus! Semua bagaikan kucing hilang anak! Takut ohhh!

“he he, tak adalah. Aku Tanya je. Ish” dengus Ikmal ala-ala gaya lembut gitu.
        “nah, nota. aku balik dulu. Aku rasa tak sihat lah. Maaf weh. Nanti kau bagi tahu aku apa yang perlu. Assalamualaikum.” Kataku berlalu pergi.

           Ya Allah! Apa patut aku buat? Patut ke aku lepaskan dia? Ini bukan kali pertama, dia berbuat demikian? Sungguh aku mencintainya. Hati ini rela terluka kerana dia. Telah lama aku tahan sakit ini. Kini, aku tak sanggup. Ya Allah! Kau berikanlah aku petunjuk-Mu. Aku harap ini adalah jalan yang terbaik! Astaghfirullah al azim. Dea, sabar Dea. Kau kuat! Iyaa.. kau kuat!
      “Dea! Meh turun makan. Awak terperap duk dalam bilik tu buat apa? haishh! Budak ni. Nak kena bebel baru nak turun ke?” Omel mak Ina, ibu kepada Dea.
“Iyaa bu. Dea nak turun lah ni” Jeritlku sambil mengesat airmata yang jatuh dipipi.

Dummmm!! Hentakku sambil meletakkan fail di meja hadapan Irfan.
“kenapa dengan awak ni?” soal Irfan gaya orang tak bersalah.
“What? Awak Tanya saya balik? Kenapa dengan saya? Awak memang tak sedar atau pura-pura tak sedar ha? Lu fikir lah sendiri! Huh!” aku menyemburkan kata-kata itu ke muka Irfan! Biar! Biar padan muka dia! Hati aku ni lagi sakit tahu tak! Aku bukan batu lah gila!! Arghh!! Kemarahan, kesakitan selama ini yang ditahan telah dilepaskan ke atas lelaki yang bernama Irfan. Seorang yang telah menjadikannya seperti patung yang tak berguna.
   Tanpa berlengah, aku berlalu pergi. Makin lama aku di situ, makin sakit hati. Irfan yang masih terkejut beruk akan kata-kata kesat ku tadi, terus terduduk di bangku yang berhampiran di situ.
“Silap aku kah?” soal hati Irfan yang masih belum menyedari akan kesilapannya.
       

       Irfan termenung di bangku itu sendirian. Dia memikirkan apa yang harus dia lakukan. Dia amat menyayangi Dea. Tapi, dia tak pasti adakah Dea bahagia di sisinya? Dia amat mencintai Dea. Tapi, kadang-kadang dia sendiri keliru. Mengapa dia perlu menyakiti hati Dea jika dia sendiri pasti dengan kata hatinya. Dea, adakah kehadiran aku dalam hidup kau hanya menyakiti hati kau saja? Jika itulah yang berlaku, aku minta maaf. Irfan bermonolog sendirian sambil meraup mukanya.

Miya: Dea, kau okee tk? aq dgn geng kita sentiasa ade. Kalau kau nk              luahkan, luahkan je kat kami ni. Kami bersedia nak dengar.

    Itulah kiriman sms yang diterima olehku. Sambil menangis, aku berkata sendiri. Apa patut aku buat ya Allah?
Aku terlena apabila kepala terasa sakit. Terlena dengan hati yang remuk redam.

     “Kak Dea bangun lah.. Dah maghrib ni.” Allah! Apalah nasib aku dapat akak macam ni huh! Keluh Lisya, adik bongsu Dea.
   “ermm?? Iyaa akak nak bangun lah ni” kataku sambil mengesat mata yang kian membengkak. Lisya berlalu pergi. Huh! Nasib budak kecik tu tak Nampak mata aku yang dah serupa  kena sengat! Ermm.....
   Aku menuju ke bilik air untuk membasahkan badan aku yang liuk lentok ni! cheh! Masuk bakul angkat sendiri. Ha ha! Masih mencuba ceriakan hati yang lara. Selesai mandi, aku membentangkan sejadah dan menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang islam.

    Sebulan telah berlalu, dan SPM telah pun aku amek. Nasib je aku boleh jawab. Tapi, ‘add math’ aku boleh lah. Boleh diberi ‘flying kiss’ ha ha ha!! Aku harap, akan dapat keputusan yang cemerlang. Usaha, doa telah pun aku lakukan. Sekarang, aku hanya perlu serahkan segalanya pada yang Maha Esa. insyaAllah.
  
         Aku menerima kiriman sms daripada Irfan. Dia memutuskan hubungan kami. Tapi, kenapa aku tak sedih?? Huwaaaa!! Gila tak sedih? Dia kata, dia tak mampu memahami aku. Mungkin betul tapi, aku pun tak faham dia! Dia kata, dia minta maaf jika kehadiran dia dalam hidup aku, hanya menyakitkan hati aku je. Ermm.,... itu betul! Memang pun! Nasib kau sedar. Huh! Aku mengeluh sendirian. Ahhhh!!
      Ya Allah! Kenapa jadi macam ni? menitis airmata aku pada malam itu. ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku. Jika ini takdirku, Kau redhakanlah hatiku untuk terima semua ini. Sesungguhnya, hati aku telah tertutup. Kau temukanlah aku dengan lelaki yang lebih baik. Kau kuatkan lah iman aku. Ampunkan aku Ya Allah.
           Ermm.. aku berdoa di dalam hati. Iyaa! Aku kena kuat! Yeah! Yahoooo!! Dea kau kuat Dea oii!! Hatiku menjerit sorak. Dah macam orang gila dah aku ni. ahh!! Aku nak mulakan azam baru! Iya! Aku takkan terima lagi lelaki yang bukan muhrim untuk berdamping di sisiku. Melainkan, dia adalah jodoh aku. Macam mana nak tahu dia jodoh aku?? Hanya Tuhan Yang Tahu. Hu hu! Nah ‘flying kiss’ aku bagi kau! Mangkuk bin tingkat!
      
        Laungan azan didengari ditelingaku. Segera aku bangun dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh. Pagi yang nyaman sungguh amat tenang rasanya. Kejap lagi aku nak pi pantai lah. Bisik hati kecilku.
     Selesai menunaikan solat, aku bersiap untuk pergi ke pantai. Ermm... nak pakai baju apa? Semua baju duduk rumah. Almaklumlah, aku ni keluarga yang susah. Eh! Tapi, aku tak pernah mengeluh. Aku faham, dan aku taknak menyusahkan ibu bapaku untuk membeli baju yang cantik-cantik macam kawan-kawanku yang lain. Walaupun kehidupanku susah, itu tak membataskan aku untuk belajar dan berkawan dengan sesiapa. SPM aku dah amek, Cuma tunggu ‘result’ keluar je. Harap dapat keputusan yang terbaiklah. Insyaallah!
    “ibu, Dea keluar kejap! Nak pi pantai depan tu hah! Dea pergi dulu. Assalamualaikum” jeritku. Ibu ada kat dapur, rasa malas pula nak pi dapur. Jadi, aku jerit je lah. He he!
  “ermmm.. iyalah! Balik jangan lewat sangat! Kerja kat rumah ni tak siap lagi. Awak pula pi melangok kat pantai. Bangun along awak tu bising dia kang. Angah tu pula, susah betul nak dikejutnya.... awak pi kejutkan angah tu. Ayah ajak dia pi jala ikan tu” kata ibu panjang lebar. Panjang memang panjang.
 Laju pun boleh tahan, dah macam ‘machine gun’ je aku dengar. Kadang berdesing juga telinga aku ni. haii! “iyalah bu. Ibu ni cakap laju-laju pula. Nasib akak ni cepat tangkap apa ibu cakap” kataku selamba kambing gurun
   “angah oii bangun! Ish!”
“ermm... nantilah” kata angah, abangku.
“dah 19  tahun pun susah nak bangun tidur. Bangun solat cepat! Dah azan dah ni. Tu! Matahari nak tukar syif dah tu! Lu takda Nampak ka?” ujarku kasar. Dah macam gaya apek marah anak dia je. Ayat pun guna ‘wa-lu’ ha ha!
“alahai.... kau ni bising! Bingit telinga aku! Nanti, bila kau dah kahwin aku rasa laki kau pun boleh lari dari rumah! Iyalah! Cot cet cot cet 24 jam! Itu je lah kerja kau! Apalah nasib aku dapat adik macam kau ni! nasib je aku ni abang yang baik. Huh” kata angah dengan selambanya. Eee perasaannya kau tu baik.
“ehh! sedap mulut kau je! Kau patut bersyukur sebab dapat adik macam aku ni. Aku ni kira lepas lah kalau nak kejutkan laki aku yang susah bangun macam kau ni! dah! Bangun cepat!” kataku sambil menarik selimutnya.
          Errr! Budak ni! apa-apa je lah! Malas aku nak layan. Lagi dilayan, lagi sakit telinga aku dengar dia membebel. Kata Amri di dalam hati sambil bingkas bangun dari katil.

penulis 'cinta si mrs iceberg'

Comments

Popular posts from this blog

story pengorbanan seorang ayah....

[Copy paste dari blog seorang sahabat. ] Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?" "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya...

FACE SCRUB HANDMADE BY KASIH EYNA

Hai Assalammualaikum semua..... eyna nak maklumkan pada semua....eyna da tambah produk baru....face scrub coffee....yang mana yang belum cuba lagi tu...marilah singgah di page fb eyna https://www.facebook.com/Scrub-handmade-by-kasih-eyna-1420618404864932/....banyak maklumat yang eyna share tentang produk eyna...tak pun..korang boleh follow intagram eyna https://www.instagram.com/kasih_eyna/ sebab eyna jarang lah update blog ni..almaklumlah bila nk update tu..eyna ske update guna laptop..nak buka laptop tu pula...ermmmmm..entah bila an...so kalau korang sudi..korang like la page eyna...dan follow insta eyna.... okee ni dia face scrub coffee y eyna keluarkan...handmade by me 100%...bebas bahan kimia....organic produk...tak rugi kalau korang cuba pun..sebab harga nya mampu milik...   kalau nak cuba...nak senang terus je wasup eyna 011-16048661... dan ini manfaat produk ini. banyakkn????so apa lagi...meh la cuba produk ini...dijamin puas hati.... ha ...

warkah eyna ntuk aten

it's ok........aku paham kenapa ko n kawan2 kite y len buat cm ni kat aku........act....aku xkesah.....dalam-dalam aku xkesah tu....ade terselit ckit rase terkilan dan kecewa.....mungkin kerana korang soulmate aku......if korank sekadar kawan biasa mungkin tidak meninggalkan kesan yang besar dlm diri aku....tapi korank adalah jiwa dan raga aku....... aku nak tanye sikit boleh??? selama korang kawan dengan aku...pernah tak korang tengok aku bahagia dengan seorang lelaki??????pernah x ten????kalau ada????siapa???????siapa lelaki yang bahagiakan aku tu dulu???????4 tahun ko kenal aku.......sape je lelaki yang leh bahagiakan aku selain Ad@#.... jadi, saat aku cuba untuk dapatkan dan mendekati kebahagiaan yang akan datang ni.....korang pulak xsanggup nak tengok....atau korang mungkin dah biasa tengok aku hidup tanpa seorang lelaki???????korang nak aku jadi cam tu sampai bila??????? faten, dalam hidup ni....memang susah nak bezakan kaca dengan permata.......aku memang...