Skip to main content

Cinta Si Mrs Iceberg Episode 10

penulis bersama sahabat

    “Hah? Kahwin?” jeritku sedikit terkejut dengan berita yang disampai ibu. Aku baru tiba di kampong malam tadi. Pagi ni, ibu memberitahu ada orang nak minang aku. Hah? Along dengan angah belum kahwin lagi. Aku taknak langkah bendul. Huwaaaaa! Mengapa begini? Cheh! Berdrama pula.

  “Shhhh! Jangan jerit. Sakit telinga ibu. Kawan ibu dari KL berkenan dengan kamu. Along? Tak usah cakap. Dia dah berpunya. Lisya? Huh! Budak lagi tu. Angah? Tak jadi kahwinnya nanti. Lelaki dengan lelaki.” Terang ibu

     “Ibu setuju ke?” soalku sedikit mengendur
   “Ibu dengan abah setuju. Tinggal kamu je ni.  Kamu setuju tak? ” soal ibu
  “akak kan muda lagi bu.” Kataku sedikit ragu. Biar betul ibu aku ni? Express seyh aku! Ha ha! Suka pula aku ni. haish!

“Ish! Mudah-muda lah elok kahwin cepat”
Aku menelan air liur
   “Ibu gembira kalau akak kahwin?” soalku
 “Mestilah. Sebab dah ada orang boleh lindung kamu. Kamu tu kerja kat KL. Ibu dengan abah jauh kat sini. Angah? Dia nak uruskan belajar lagi.” Terang ibu
   “Tapi, akak nak sambung belajar dulu. Akak nak senangkan keluarga kita dulu.”
“Akak..... belajar? Keluarga lelaki sanggup tanggung. Diorang tu kawan baik mak. Akak tak payah lah. kita ni dah cukup senang dah. Akak siap-siap untuk diri akak je. Ibu taknak tengok anak ibu susah. Cukuplah ibu dan abah je susah. Ye kak?” kata ibu penuh makna
  “ibu......” kataku sebak sambil memeluk ibuku
“Shh! jangan nangis. Nanti ibu nangis pula” ibu memujukku
      “kalau itu ibu nak, akak setuju. Akak terima.” Putusku
“Alhamdulillah..” ucap ibu sambil memelukku erat

      Betul ke apa kau buat ni Dea? Kenapa kau boleh terima macam tu aje sedangkan kau tak tahu latar belakang lelaki itu. ya Allah, aku harap ini adalah keputusan yang betul dan terbaik. Tabahkan hati aku ya Allah. Sesungguhnya aku betul-betul belum bersedia untuk serahkan hati aku ini kepada sesiapa. Jika ini takdirku, aku redha. Bisik hati kecilku.

   Aku terima kiriman sms daripada siapa? Siapa lagi kalau bukan periuk belanga
Periuk Belanga: weh gila! Kau kat mana?

      Cis! Tak habis-habis panggil aku gila. Eleh! Kau Dea, kau panggil dia periuk belanga boleh pulak? Nasib dia tak panggil kau kawah. Haish! Aku menaip sesuatu di skrin lantas menekan butang send

Budak Gila: siapa gila? Salam mana woii? Assalamualaikum pakcik!

 Kenapa aku boleh lupa salam heh? He he! Malu Faris oi! Bisik hati kecil Faris

Periuk Belanga: ala... sory lah. waalaikumussalam. Kau kat mana? Aku cari kau takda ni? kau menyorok ke hah?

    Aku membaca kiriman sms daripadanya. Buat apa aku nak main sorok-sorok dengan kau? Tak syok ah! Aku menaip sesuatu di skrin

Budak Gila: buat apa main sorok-sorok dengan kau? Tak syok! Kau apesal? Rindu aku lah tu. Ha ha!

      Takda masa nak rindu kau lah gila! Ada lah sikit rindu. He he! Kata Faris di dalam hati

Periuk Belanga: Cheh! Benci kau! Takda masa nak rindu. Ni? siapa nak teman aku lunch? Kau pi mana? Melangok je tahu.

   Aku membaca balasan sms daripadanya. Eceh! Dia marah aku, gaya macam marah isteri dia je. Ha ha! Lawak je Pakcik ni

Budak Gila: kau apesal? Bukan kau ramai girl ke? Aku tengok keliling kau girl je haritu. Itupun, aku ternampak. Belum lagi yang aku nampak. Ha ha!

   Aikk! Mesti minah ni stalk aku ni. Ecehhh! Pandai dah. Bisik hati kecil Faris

Periuk Belanga: kau kalau jeles pun, jangan lah sampai stalk-stalk aku. Eee! Apa ni? tak suka tahu! Ha ha! =P

   Cheh! Mamat ni. kalau makin dilayan, sampai malam tak sudah. Huh! Pantas aku menaip sesuatu di skrin bagi menutup acara balas membalas sms ini

Budak Gila: kau dah kenapa derr?? Penyepak nak penyepak? Dah-dah! Aku kat kampong ni. Ada hal sikit. Nanti tak lama lagi, aku balik lah sana. Kau ni, macam aku ni isteri kau pula! Asyik nak mengekor je mana kau pergi. Kenapa lah girl-girl yang keliling kau tu boleh tahan dengan kau hah? Tah-tah diorang semua tu rabun agaknya. Aku rasa, kalau aku bagi kau free kat dinasour pun, dia taknak kot! Huh! Asyik kau je nak menang! Dah! Nanti aku otw balik sana, aku sms kau. Assalamualaikum.

     Aku membaca balik apa yang aku taip. Lantas, aku menekan butang send. Boleh longgar wow!! skru Jari tangan aku nak taip panjang-panjang ni. hai lah... apa kau merepek makan kerepek ni Dea oi! Dalam tak sedar, bibirku mengukir senyuman. Huh! Terus aku menggelengkan kepalaku. Kenapa dengan kau ni Dea? Ermm...

   Huh! Lenguh kelopak mata aku nak baca minah ni punya mesej panjang-panjang ni. Ikutkan aje lah. cot cet cot cet je. Nasib baik dia takda depan aku. Kalau tak, confirm telinga aku dah boleh tertutup sendiri bila dengar bebelan dia tu. Tapi, kenapa aku rasa bahagia bila dengan dia

? Cinta ke? Apa itu cinta? Macam mana aku nak tahu, aku jatuh cinta sedangkan aku tak pernah merasakannya? Ahh! Tak mungkin.  huh! Faris merengus sendirian
       Telefonku berbunyi menandakan mesej masuk

 Periuk Belanga: waalaikumussalam. Take care ngok!

      Ha ha! Mengalah juga dia. Aku ketawa sendirian. Nasib je Lisya tak nampak. Dia tengah study pula kat belakang aku ni. Hi hi. Rajin adik aku ni study. Alahai... study dik, study. Dapatkan straight A’s for SPM. Tapi, masalahnya SPM dia tahun depan. Ni aku tengok, kusut je muka. Macam tahun ni pula nak amek SPM. Hai lah...


Comments

Popular posts from this blog

FACE SCRUB HANDMADE BY KASIH EYNA

Hai Assalammualaikum semua..... eyna nak maklumkan pada semua....eyna da tambah produk baru....face scrub coffee....yang mana yang belum cuba lagi tu...marilah singgah di page fb eyna https://www.facebook.com/Scrub-handmade-by-kasih-eyna-1420618404864932/....banyak maklumat yang eyna share tentang produk eyna...tak pun..korang boleh follow intagram eyna https://www.instagram.com/kasih_eyna/ sebab eyna jarang lah update blog ni..almaklumlah bila nk update tu..eyna ske update guna laptop..nak buka laptop tu pula...ermmmmm..entah bila an...so kalau korang sudi..korang like la page eyna...dan follow insta eyna.... okee ni dia face scrub coffee y eyna keluarkan...handmade by me 100%...bebas bahan kimia....organic produk...tak rugi kalau korang cuba pun..sebab harga nya mampu milik...   kalau nak cuba...nak senang terus je wasup eyna 011-16048661... dan ini manfaat produk ini. banyakkn????so apa lagi...meh la cuba produk ini...dijamin puas hati.... ha ...

Kasih itu Inspirasi Tanda Cinta

Assalammualaikum…. Pada 14/01/2014 yang lalu aku dengan geng2 puteri aku dr DUN Gmenecheh telah pergi ke stadium paroi di seremban menghadiri satu program anjuran belia..program apa?? KISS namanya….huhu….iaitu kasih itu inspirasi tanda cinta xsilap aku…hehe..aku lupa..sebab kertas tentatif program aku tercicir entah mana..hehehehehee…..program itu agak best lah sebab slot2nya amat menarik….duk dengar org berpuisi je…hahahahahaaaa…..penceramah program tu pun mampu buat aku dan geng2 lain tergelak sakan sebab penyampaiannya agak mencuit hati kitaorang dan kitaorang xrasa mengantuk pun tau……huhu….. Lepas habis program tu macam biasalah kami de sesi bergambar, penyerahan sijil dan jamuan makan sedikit..alhamdulillah……

siswazah perantis..try la...

assalammualaikum dan salam 1 malaysia..... di pagi yang indah ini, alhamdulillah aku baru sahaja selesaikan 2 bungkus nasi lemak+telur dadar, karipap 3 keping bersama air nes o....perggghhhhh..kau makan ke apa ini eyna???hahahaa...aku kongsi leerrrr...hikhikhik.... malam tadi aku ada dapat 1 mesej dr seorang sahabat....pagi tadi pun aku ada dapat juga im dari seorang sahabat bertanyakan tentang punb iaitu program siswazah perantis ini...alhamdulillah ada juga feedback dari pembaca blog aku ini sebab dioarang berminat dengan program punb ini.... okeee....soalan-soalan mereka aku sudah pun menjawabnya personal..tapi aku nak juga bagi jawapan kat public supaya kita boleh kongsi bersama... program siswazah perantis tak kisah siapa pun yang menyertainya..xkira lah korang bujang ke dah berkahwin ke dah anak ke..xkisah....tapi yang kisahnya..korang mesti ada diploma degree dan ke atas....course apa yang korang ambil pun xkisah..janji korang ada dip dan keatas....okeee??? ...