Skip to main content

Cinta Si Mrs Iceberg Episod 8

penulis bersama rakan sekolah

Telefon berbunyi menandakan ada sms yang masuk

Periuk belanga: weh gila! I’ll drop you at one

  Eceh! Suka hati dia je panggil aku gila. Errr.. aku menaip sesuatu dengan pantas dan terus menekan butang send

Aku: okee brokkk!

   Pantas Faris membaca balasan dari kiriman sms nya. Lalu, dia menggeleng. Brokk?? Ngok punya budak. Omel Faris sendirian

   “haii! Cepatnya kau sampai. Huh!” keluhku sendirian apabila melihat kereta yang dipandu oleh Faris menuju ke arahku.
  “Lama ke kau tunggu gila?” soal Faris apabila aku sudah melabuhkan punggung di seat depan sebelah pemandu
   Aikkk! Mamat ni memang nak kena fire agaknya. Huh! Keluhku sendirian.

“Taklah. Baru je. Dari pukul 11 tadi” jawabku selamba
 Pantas Faris memandang ke arahku. Mesti dia kata aku betul-betul gila.

    “Ish! Budak ni. Aku tampo jugak kang!”
Ehh! Dah pandai marah dah.... perliku dalam hati

  “Iyalah.. kau punya soalan tak logik tahu tak? Nak tampor aku pulak! Aku wrestling kau jap gi kang.” Kataku seakan mengugut. Walaupun tak beri kesan kat dia. Tapi, aihhh! Hentam sajalah

   Tiba-tiba Faris terdetik suatu persoalan
“Wehh! Aku nak tanya sikit” pinta Faris
“Sikit je.. Apa?”
  “kenapa mata kau warna biru. Kau kacuk heh?”
   Soalan yang dilontarkan membuatkan aku terpanar. Apa aku nak jawab ni? Bukan dia sorang je pernah tanya aku macam ni. Tapi, selalunya orang lain tanya aku dapat mengelak. Tapi, ni macam mana aku nak elak? Haish! Apa aku nak jawab?
“Oi!” jerit Faris setelah sekian lama aku mendiamkan diri
 Huish! Mamat ni. terkejut aku
“Hah? Ermm... taklah.” Itu aje jawapan yang dapat aku bagi. Haihh!
  “Tak? Habis?” soalnya pelik
“Weh! Nak lunch kat mana ni?” aku menukar topik
  Ehh! Tukar topik pulak? Erm... pelik-pelik je minah ni
“Kat kedai” jawab Faris
  Ish! Dia ni. Lantak lah. Malas aku nak fikir
  Telefon bimbitku berbunyi minta diangkat. Aku lihat no di skrin. Hana? Hahh! Minah ni, time ni juga nak call aku. Tapi, lama juga aku tak gayut dengan minah ni. angkat jap lah.
   Faris hanya memerhatikanku. Pantas aku menekan punat hijau.
“Assalamualaikum...” sapa suara di talian
    “Waalaikumussalam.. hah? Pahal? Rindu aku ke?” soalku kasar. Faris yang berada di sebelahku sedikit terkejut dengan aksi kasarku.
  Huish!! Minah ni. cakap dengan pakwe pun kasar. Haii lah.... malang kau dapat awek macam Dea ni. haha... kutuk Faris dalam hati.

   “Alaa.. aku gurau je lah. aku pun rindu korang juga. Apa cer korang kat sana? Bila nak datang sini?” aku balas membalas persoalan dengan Hana. Miya dan Downy pun ada situ. Jadinya, sikit kecoh lah. semua cerita keluar sampai aku terlupa aku berada di dalam kereta mewah milik Faris periuk belanga ni.
   Faris hanya memerhatikanku. Entah apa yang dia fikir pun aku tak tahu.
   “Aku dengan.... dengan...” aku tak tahu sama ada nak menipu ke tak. Akhirnya aku hanya memberitahu... “Aku dalam kereta dengan periuk”

   Erkk? Periuk kau gelar aku? Ishh! Sah gila minah ni! Faris mencebik. Aku hanya senyum mengejek ke arahnya.
   “Iyaa.. sayang. Aku takkan lupa. Okee. Kirim salam kat budak dua orang tu. Take care. Assalamualaikum..” aku mematikan talian setelah mendengar jawab salam daripada Hana.
  “Periuk belanga??” Faris tiba-tiba soal macam orang bodoh sambil mencerlung memandang ke arahku
  “Iyalah... habis? Periuk nasi?” balasku seakan tidak mengerti akan pandangan tajamnya.
  “ish! Apa-apalah. Malas aku layan” balas Faris malas
Aku pun hanya mendiamkan diri..


   “Kau order je lah apa-apa. Aku belanja.” Terang Faris apabia kami berdua sudah melabuhkan punggung di atas kerusi di Restoran terkemuka di situ.
     “Memang kau belanja. Kalau kau tak cakap pun, aku tahu memang kau yang belanja. “ kataku selamba sambil menjeling ke arah sekeliling. Besar juga restoran ni. Kenapa aku tak pernah nampak pun restoran ni heh? Ehh! Memanglah. Ini restoran. Bukan gerai. Ini kali kedua aku makan kat restoran. Itupun dengan periuk. Kali pertama? Erm... dengan periuk ni juga.
   Faris hanya mendiamkan diri. Malas nak layan. Bebel je minah ni.
   Aku memutuskan untuk memesan nasi goreng ayam dan jus apple saja. Faris? Dengan menu ala-ala British dia tu. Desert dia? Peach Cobbler. Sedap ke? Aku buat lagi sedap. Walaupun aku duduk kampong, tapi aku tahulah juga makanan Barat ni sikit-sikit
      Comel juga minah ni. Erm... macam pernah jumpa lah. Tapi, kat mana heh? Muka putih? Kening pun cantik. Mata kebiru-biruan. Francais ke? Aku pun Francais juga. Bibir mungil. Hidung? Hidung mancung? Gadis berhidung mancung? KL Sentral? Lah... dia ke? Kenapa aku tak perasan? Cis! Minah ni rupanya.
   “Kau apesal tengok aku macam tu? Mata aku ni terlebih satu ke?” selamba aku berkata sambil menyuapkan nasi yang hampir habis.
“Apa?” soal Faris seakan tidak mengerti pantas mengalihkan pandangannya di tempat lain
 Aku malas nak layan. Aku ambil keputusan untuk memfokuskan kepada acara makan aku saja. Makan! Makan! Jangan tak makan.
    “Lepas ni, teman aku jap” pinta Faris
“Hah? Pergi mana pula?” soalku ragu-ragu
“Teman aje lah... dah! Habiskan cepat makanan kau tu” putus Faris
  Ish! Jangan bawa aku tempat bukan-bukan sudah! Bentakku dalam hati



Comments

Popular posts from this blog

story pengorbanan seorang ayah....

[Copy paste dari blog seorang sahabat. ] Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?" "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya...

warkah eyna ntuk aten

it's ok........aku paham kenapa ko n kawan2 kite y len buat cm ni kat aku........act....aku xkesah.....dalam-dalam aku xkesah tu....ade terselit ckit rase terkilan dan kecewa.....mungkin kerana korang soulmate aku......if korank sekadar kawan biasa mungkin tidak meninggalkan kesan yang besar dlm diri aku....tapi korank adalah jiwa dan raga aku....... aku nak tanye sikit boleh??? selama korang kawan dengan aku...pernah tak korang tengok aku bahagia dengan seorang lelaki??????pernah x ten????kalau ada????siapa???????siapa lelaki yang bahagiakan aku tu dulu???????4 tahun ko kenal aku.......sape je lelaki yang leh bahagiakan aku selain Ad@#.... jadi, saat aku cuba untuk dapatkan dan mendekati kebahagiaan yang akan datang ni.....korang pulak xsanggup nak tengok....atau korang mungkin dah biasa tengok aku hidup tanpa seorang lelaki???????korang nak aku jadi cam tu sampai bila??????? faten, dalam hidup ni....memang susah nak bezakan kaca dengan permata.......aku memang...

12 tanda lelaki suka kita......

assalammualaikum....... hari ini..eyna nk share something dengan u allz.......12 tanda lelaki suka kepada kita...... 1.  Memerhati Dalam Diam. Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, iaitu samaada dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya. 2.  Mula Menegur . Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati. Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana me...