Skip to main content

story pengorbanan seorang ayah....

[Copy paste dari blog seorang sahabat. ]

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?"
"Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".
Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...".
Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?"
"Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.
Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?"
"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.
"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?"
"Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira.
Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?"
"Cukup, Terima Kasih ya...".
Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...



STATUS INI AKU COPY DAN SHARE DI SINI SEBAB AKU SANGAT TERSENTUH MEMBACANYA. AKU MOHON AGAR KITA SEMUA YANG MEMBACA KISAH INI SEDAR BAHAWA KITA HARUS BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA, HARGAILAH IBU BAPA KITA DAN JANGANLAH HANYA TAHU MEMINTA-MINTA. MENCARI REZEKI BUKANNYA SEMUDAH YANG DISANGKA. DUIT TAK JATUH DARI LANGIT! JADI JIKA KITA BUKAN ORANG SENANG, JANGAN SESEKALI MENGINGINKAN APA YANG DI LUAR KEMAMPUAN KITA. JANGAN SESEKALI JUGA KITA MENYUSAHKAN KEDUA IBU BAPA KITA.

MESKI KITA MEMPUNYAI WANG HASIL PENAT LELAH KITA SENDIRI SEKALIAPUN, JANGAN PULA KITA BERBELANJA DENGAN BOROS. INGATLAH ORANG TUA YANG TELAH MEMBESARKAN KITA DENGAN SUSAH PAYAH.. MAKA, SENANGILAH PULA MEREKA..


PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUAYANG MEMBACA, INSHAALLAH…






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

sebuah pertemuan

Bismillahirahmannirahim.......... Assalammualaikum.......ermmm..pejam celik pejam celik tak sangka kan hari ini dah masuk ramadhan yang ke-5...alhamdullilah.......hari ini mungkin adalah hari yang terindah buat aku dan kawan-kawan aku(soulmate).....hari yang terindah yang sukar untuk aku gambarkan.....cuma orang yang sebelah aku ni atau depan mata aku atau yang jumpa aku hari ini yang boleh nampak betapa bahagianya aku hari ini......senyum je manjang..hahahahaa......rasa-rasa kalau hari ini aku kena hentam dngan manager aku pun aku duk rilex je kot, tak meeninggalkan kesan pape sebab aku terlalu happy hari ini......hahahahaa......nape mesti 'manager' aku jadi mangsa aku........hik3........sebab dia je yang suke seru nama aku kuat2....hehehee...... ok la....kat sini aku de 1 lagu untuk suolmate-soulmate-soulmate aku ni.....aku harap diorang dapat hayati nye........cam ni lah diorang act...... Ketika diri mencari sinar  Secebis cahaya menerangi laluan  Ada kalanya

Jawatankuasa Pelajar Kamsis

dlu..mse aq study at poli pd....start aq sem 2 aq jadi Jawatankuasa Pelajar Kamsis(JPK)....smpai lah aq sem 3....nek sem 5 aq duk asrama kejap...then 3 bulan pas tu..aq duk umah sewa plak......JPK tu adalah satu jawatankuasa untuk ajk asrama poli pd....kamsis tu b'maksud asrama la...... time aq sem 2 dlu..aq xbpe nk rapat sgt gan JPK2 ni..sbb program untuk JPK aq xpat join dr awl.....sbb de mslh kesihatan ckit...so hbungan aq gan dioarang time tu xbpe nk rapat sgt la...jmpe2 diaorang pun time meeting jeeee......xde nk lepak sme2 ke pe ke.......aq wat hal aq sndri la....aq juz jalankan tanggungjawab aq sbgai JPK....program2 JPK pun kadang2 join kadang2 x.......huhu... ble nek sem 3....aq da start aktif ckit da...jawatan aq pun da nek..dlu time sem 2.....aq juz jd ketua paras asrama..tp ble nek sem 3 aq da jadi ketua blok......then dengan JPK2 len pun aq da rapat da.......aq rapat gan dak JPK sem 2 je...ntuk wakil sem 3 juz aq sorank je..y len smua senior2......dan...y paling