Skip to main content

story pengorbanan seorang ayah....

[Copy paste dari blog seorang sahabat. ]

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?"
"Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".
Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...".
Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?"
"Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.
Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?"
"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.
"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?"
"Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira.
Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?"
"Cukup, Terima Kasih ya...".
Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...



STATUS INI AKU COPY DAN SHARE DI SINI SEBAB AKU SANGAT TERSENTUH MEMBACANYA. AKU MOHON AGAR KITA SEMUA YANG MEMBACA KISAH INI SEDAR BAHAWA KITA HARUS BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA, HARGAILAH IBU BAPA KITA DAN JANGANLAH HANYA TAHU MEMINTA-MINTA. MENCARI REZEKI BUKANNYA SEMUDAH YANG DISANGKA. DUIT TAK JATUH DARI LANGIT! JADI JIKA KITA BUKAN ORANG SENANG, JANGAN SESEKALI MENGINGINKAN APA YANG DI LUAR KEMAMPUAN KITA. JANGAN SESEKALI JUGA KITA MENYUSAHKAN KEDUA IBU BAPA KITA.

MESKI KITA MEMPUNYAI WANG HASIL PENAT LELAH KITA SENDIRI SEKALIAPUN, JANGAN PULA KITA BERBELANJA DENGAN BOROS. INGATLAH ORANG TUA YANG TELAH MEMBESARKAN KITA DENGAN SUSAH PAYAH.. MAKA, SENANGILAH PULA MEREKA..


PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUAYANG MEMBACA, INSHAALLAH…






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

warkah eyna ntuk aten

it's ok........aku paham kenapa ko n kawan2 kite y len buat cm ni kat aku........act....aku xkesah.....dalam-dalam aku xkesah tu....ade terselit ckit rase terkilan dan kecewa.....mungkin kerana korang soulmate aku......if korank sekadar kawan biasa mungkin tidak meninggalkan kesan yang besar dlm diri aku....tapi korank adalah jiwa dan raga aku....... aku nak tanye sikit boleh??? selama korang kawan dengan aku...pernah tak korang tengok aku bahagia dengan seorang lelaki??????pernah x ten????kalau ada????siapa???????siapa lelaki yang bahagiakan aku tu dulu???????4 tahun ko kenal aku.......sape je lelaki yang leh bahagiakan aku selain Ad@#.... jadi, saat aku cuba untuk dapatkan dan mendekati kebahagiaan yang akan datang ni.....korang pulak xsanggup nak tengok....atau korang mungkin dah biasa tengok aku hidup tanpa seorang lelaki???????korang nak aku jadi cam tu sampai bila??????? faten, dalam hidup ni....memang susah nak bezakan kaca dengan permata.......aku memang...

12 tanda lelaki suka kita......

assalammualaikum....... hari ini..eyna nk share something dengan u allz.......12 tanda lelaki suka kepada kita...... 1.  Memerhati Dalam Diam. Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, iaitu samaada dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya. 2.  Mula Menegur . Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati. Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana me...