Skip to main content

Posts

cinta

Mana mungkin manusia biasa seperti aku terlepas dari cinta. Cinta adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang Maha Esa kepada hambaNya. Kerana cinta itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai yang cuba membuat kesimpulan apakah makna sebenar cinta. Aku kurang faham makna sebenar cinta, aku kurang jelas mengenainya. Namun aku cuba mencari jawapan, aku cuba membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman aku sendiri. Sebenarnya cinta itu memiliki sifat-sifatnya yang tersendiri. Cinta tidak semestinya hanya kepada seorang insan bernama kekasih. Tetapi cinta itu merangkumi seluruh kehidupan. Dan dari pengamatan aku, cinta itu sebenarnya adalah..  Amanah Dari Allah Ya, cinta itu adalah amanah! Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak yang perlu dituntut. Apabila jatuh cinta kepada seseorang, kita rasa seolah-olah kita memerlukannya. Kita mahu memilikinya, kita mahu dia mendampingi kita da...

Warkah eyna untuk dpr budies

assalammualaikum….. aku rase macam dah agak lame aku x update blog aku ni…..so hari ni..gan perasaan sedih, sayu, pilu, terkilan dan sewaktu dengannya la, aku gagah untuk duk depan laptop aku ni untuk taip something..khas ntuk kawan-kawan aku y aku gelar soulmate aku……..aku xtahu nk mula dari mana….dalam hal ni..bagi aku xde sape y salah…dan xde sape y betul….mungkin ini adalah permainan takdir….untuk aku dan sahabat baik aku ni….. erm…..sekarang hubungan aku gan sahabat baik aku ni da jadi kucar-kacir……..mana satu aku nak pertahankan?????sahabat aku yang memang soulmate aq tu….atau seorang lelaki yang akan jadi soulmate aku 1 day nanti…..act….due2 aku sayang…..tapi aku tengok dari gaya diaorang..due2 xpaham aku…. Dia kate aku xpercaya dia…….kenapa dia ckp cm tu????sesungguhnya aku percaya kat dia 100%......dia kawan aku…mestilah aku percaya…cume..aku nak bagi peluang kat “E” ni……aku harap sangat ko paham aku wahai sahabat….semalam die kate “our frendship is over”!!!!peh...

kadang-kadang............

Kadang-kadang kita rasa…..cinta ni perit sangat…..lagi-lagi bila cinta kita xprnah dihargai….. Kadang-kadang dalam rasa perit tu…kita boleh lagi bahagia….sebab pe…..sebab Tuhan bg peluang kat kite tengok die senyum dan hidup macam biasa tanpa kita……… Kadang-kadang…..kita rasa macam nak pergi je dekat die..bercakap..borak tanye kabar….tapi semua tu..kita rasa cm xkesampaian..sebab kita xnk disebabkan kita….mood dia hilang….. Kadang-kadaang…..kita akan dengar orang kata kita bodoh sebab tetap setia dengan dia walaupun dia xpernah anggap kita wujud dalam hidup dia…. Kadang-kadang….bila dia buat kita macam ni…..kita cuba ntuk benci dan lupekan die…..tapi tau x…..kenangan kita gan dia terlalu kuat….dan kenangan tu lah y buat kita xboleh benci dekat dia…. Kadang-kadang…….kita terfikir gak…….xingat ke dia kenangan dia gan kita dlu……..sampai sanggup dia buat kita macam ni………. Kadang-kadang…..kita cuba berlakon depan semua orang yang kita cam xberminat dengan di...

Kelebihan Bulan Syaaban

Assalammualaikum...... selamat pagi semua...... Rejab sudah berlalu. So hari ni telah masuk Syaaban. Lambaian Ramadan 30 hari lagi. So hari ini eyna nak share dengan semua tentang kelebihan bulan syaaban ni...dan artikel ni eyna petik dari  Artikel iluvislam.com ........So same2 la kite mebacanya, memahaminya dan mengamalkannya..insyaAllah..... Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab: اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان "Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan" Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan." Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuli...

Jamu ke Herba?????

"Arghhhhh, pahitnya!!!" Ini memang reaksi pertama yang akan kita lihat pada wajah seseorang yang tidak meminati jamu. berkerut muka sementara menelan air rebusan jamu. Pertama kali memang sukar, tapi alma-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan. sekarang ini kita tidak perlu risau lagi kerana jamu telah dirumuskan khas ke dalam bentul pil agar mudah untuk ditelan. Tetapi, sebelum mengambilnya, anda perlu tahu terlebih dahulu asal-usul, kelebihan dan juga kekurangan jamu tersebut. So hari ini eyna nak share gan u all tentang sejarah munculnya jamu tradisional ini. Adakah anda tertanya2 apakah perbezaan antara kedua2nya??? Sebenarnya, jamu dan herba adalah benda yang sama. Jamu merupakan perkataan dari Indonesia manakala herba ialah perkataan bahasa melayu yang diguna pakai terutama untuk kajian saintifik. Menurut eberapa kajian sejarah, jamu dikatakan berasal dari kerajaan Mataram kira2 1300 tahun dahulu. Indonesia merupakan negara yang banyak ditumbuhi pelbagai tumbuh2an asli y...

Pekerjaan yang anda sukai adalah rahsia kebahagiaan anda...

sabarlah menghadapi hari-hari yang sukar  kerana semua kesukaran pasti ada akhirnya dan kesabaran itu hanya dimiliki oleh orang yang mempunyai kedudukan mulia.... seseorang yang genius di dalam bidang apa pun, pasti akan tetarik dengan sendirinya bidang yang telah diciptakan Allah dalam dirinya sebagai bakat yang membuatnya dapat mencipta tanpa ada kekuatan baginya untuk melawan, meskipun dia mengeluh dalam bidang ini kerana nasibnya yang buruk. sesungguhnya hanya bidang inilah satu-satumya pekerjaan yang dapat ditanganinya dengan hati yang senang dan gembira betapapun tumpang-tindihnya kesulitan yang dialami dalam pekerjaannya, betapapun kecilnya harapan untuk dapat meraih keuntungan dan kejayaan darinya ; betapapun dia menoleh ke belakang sambil menarik nafas dalam dan berharap boleh berpindah ke bidang lain yang lebih bermanfaat dan lebih banyak keuntungannya ; betapapun dia mengeluh kerana kemiskinan yang disebabkan oleh bidang yang ia pilih ; sesungguhnya hanya peke...

Berjimat Cermat Amalan Mulia

Salah satu cara pengurusan bijak dan kreatif dalam merancang kewangan ialah dengan berjimat - cermat. Sesungguhnya orang yang suka membazir ituadalah saudara syaitan. berikut adalah beberapa tip yang boleh kamu ikuti untuk berjimat - cermat. 1.  SEDIAKN BAJET            Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Paling penting, utamakan keperluan diri terlebih dahulu berbanding kehendak. 2. BAWA BEKAL KE KULIAH ATAU PEJABAT      Jangan malu untuk membawa bekal ke kuliah atau pejabat. Dengan cara ini kita dapat berjimat dan duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan atau kecemasan. 3. MASAK SENDIRI     Kurangkan makan di kedai. Selain dapat berjimat, kebersihan juga lebih terjaga. Secara tidak langsung akan mengurangkan kos perubatan apabila tubuh kita sihat.  4. TANAM SENDIRI SAYUR - SAYURA...