selama aku hidup 23 tahun ni...alhamdulillah.....aku teringin sgt nk ada gitar sendiri...aku rasa harga gitar tu bukanlah mahal sangat..tapi bila aku plan nk beli je mesti aku nk pakai duit..de je mslhnye.....erm..so smpailah skrg aku masih xde gitar sndri....asyik pinjam gitar org je...sebaik la bila aku pinjam tu aku xtimbulkan kerosakan pada gitar org tu......huhu.....ayah aku pulak kalau dengar aku nak beli gitar..perghhhh..tersangatlah happy..smpai dia kata cm ni 'dari kau beli gitar tu long lebih baik ko tukar tayar kete ko tu'. Macam tu lah ayat ayah aku yang aku kena fikir dua kali untuk beli gitar...hahahhahahaha....
[Copy paste dari blog seorang sahabat. ] Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?" "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya...
Comments
Post a Comment