Ciri Seorang Pemimpin Yang Baik
Pemimpin bermaksud mempengaruhi manusia bagi mencapai objektif yang ditetapkan meliputi bidang arahan, dorongan atau motivasi melalui penyampaian lisan atau penulisan.
Sekadar Gambar Hiasan |
7 Ciri utama seorang pemimpin yang baik ialah:-
1) Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang- kurangnya tidak bercakap besar.
2) Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
3) Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
4) Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
5) Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
6) Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
7) Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
erm..bestnye...aku harap2....1 day..aku leh jadi macam ni...........ntuk jadi macam ni..bnyak yang aku kena blajar n banyak y aku kena sabar........
Comments
Post a Comment