Skip to main content

Cinta Si Mrs Iceberg Episode 7


    “Bang, esok nak jumpa kawan jap lepas kerja” kataku. Iyalah.. kang kalau aku balik lambat, jenuh pula kepala dia fikirkan aku yang tak balik-balik rumah lagi
  “Kau nak pi mana? Kawan? Kau ada kawan ke kat KL ni?” soal angah bodoh
  “Kau ingat aku ni hape? Aku ni senang je nak cari kawan tau. Tengok muka lah!” kataku bangga
Amri mencebik. “Iyalah.. jangan lambat sangat balik!” pesan angah
   “Thanks bang” ucapku senyum lebar           
                          
Tiba-tiba angah teringat pasal kawan dia si Imran

   “Kak, sini jap.” Pinta angah
  “Apa?” tanyaku sambil duduk di atas sofa bersebelahan angah
 “Erm...” macam mana aku nak mulakan heh? Bisik hati kecil angah
    “Kawan angah ada minat kat kau!”
Aku tak terkejut pun.
“Kawan kau yang mana? Hari tu, kawan kau. Ni pun kawan kau jugak ke? Ramainya kawan kau bang!” perliku
    “Haritu kawan aku yang lain. Alahai... ramai benor minat kat kau kak. Susah betul aku!” keluh angah
Aikk! Abang aku ni. orang minat aku pun dia susah.
  “Ermm... biarlah dia minat aku. Tapi, kau mesti tahu jawapan aku apa kan?” tenang hatiku berkata
   “Ala.. kau taknak cuba ke?” Tanya angah
Cuba? Nak cuba apanya? Cuba sakitkan hati sendiri? Again? Again? Aku tak mau lah... hati aku tak terbuka untuk sesiapa lagi. Aku mengeluh.
    “Tak apalah bang. Kau cakap je lah. Aku ni dah berpunya. Boleh heh?” pintaku
 Amri mencebik. “Dah berpunya? Menipu namanya tu!”
“Alaa.. menipu untuk kebaikan sendiri juga” jawabku selamba sambil menuju ke bilik tidur
   Amri mencebik. Hai lah.. ikutkan aje lah minah ni. Tapi, susah juga kau ni dik. Kesian kau. Sejarah lama masih tersemat dalam hati. Cheh! Yang aku jiwang karat ni apesal? Huh!

    “Mana pula mamat ni? huh! Aku pula yang kena tunggu dia. Ni ade kena fire kang ni!” kataku bengang
  “Oi! Dea, relax ahh. Yang kau macam cacing kena simbah dengar air panas ni kenapa? Kejap lagi mamat tu sampailah. Aku pun nak tengok juga hensem tak. He he...” kata Farah penuh makna
   Ish! Minah ni... aku tampor kang
   “Assalamualaikum, sory i’m late” kata mamat itu bersama senyuman yang tak lekang di bibir. Ermm.. encem.. he he..
  “Iyalah.. kau memang! Nasib aku ni seorang yang memahami” selamba aku berkata
“Eleh! Aku nak tanya sikit  boleh?” soal lelaki itu
“Apa?”
   “Kau memang tak boleh tinggalkan gitar kau tu heh?” katanya sambil mentertawakan aku.
Mak oi! Apelah masalah mamat ni. Farah yang berada di sebelahku turut ketawa. Lucu sangat ke? Pelik-pelik je...
   “Gitar ni lah teman setia aku tau. Jadi, kalau aku nak pi mana-mana, aku mesti kena angkut dia sekali. Apesal kau tanya?”
“Kau pandai ke main?” soalan dibalas dengan soalan. Cheh! Mamat ni! mesti lah pandai. Kalau tak buat apa aku angkut ke hulur ke hilir Pinky ni.
“Tahu.” Jawabku sepatah. Kang kalau jawab berpatah-patah kang, makin banyak pula soalan yang dia nak tanya
   “Ouh...” itu aje jawapan dia? Errr...
“hah! Kau ni apesal? Nak jumpa aku?” aku mulakan mukaddimah
  “Erm....” leretnya sambil memandang ke arah Farah yang duduk di bangku bersebelahan ku
“Ouh.. okee-okee” Farah yang seakan mengerti terus mencapai soket telinga lalu menyumbat ke dalam telinganya
  “Okee, ermmm... aku nak minta tolong kau ni”
“Tolong apa?” soalku tertanya-tanya
  “Tolong menyamar jadi awek aku” selamba dia berkata
“Hah?? Kau gila?” aku yang seakan terkejut mengalahkan beruk tanpa segan silu melantangkan suaraku
Farah yang terkejut akan suaraku terus menanggalkan soket telinga nya. Dengan terpinga-pinga dia memandang ke  arah ku. Meminta penjelasan. Aku menghiraukan pandangannya
   “Shhh! Kau ni! sakit telinga aku. Perlahan lah sikit suara tu. Tempat awam kot.” Pinta mamat tu
“Taknak lah. Kenapa kena jadi awek kau pula?” soalku dengan suara yang sedikit mengendur
   “Menyamar je. Tolong lah aku.... please..” rayu lelaki itu. Alahai comel je muka dia... haish! Kau ni Dea, boleh lagi puji-puji mamat ni.
 Aku memandang ke arah Farah. Farah hanya memandangku kosong.

“Ermm... Ala... aku bukan apa Cuma aku tak biasa je. Lagipun, kita baru je kenal kan? Takkan kau tak ingat? Semalam kot kita baru jumpa. Itu pun secara kebetulan je.. kau....” belum sempat aku menghabiskan ayat, pantas lelaki itu memotong
“Haish! Kau ni cakap laju-laju macam ni nak pergi mana? Aku bayar lah. Tugas kau hanya teman aku pi lunch then, aku hantar kau balik. Itu saja.” Terang lelaki itu
“Wehh... nama?” soalku
“Faris..”
“Okee Encik Faris berapa gaji?” soalku penuh minat
   “Ermm... rm900 cukup?”
“Wuuu! Banyaknya. Kerja senang je kot!” kataku seakan tidak percaya
“Ke kau nak aku kurangkan?” soal Faris
Aku menjelingnya...
“Bila boleh start?” soalku
“ASAP” jawabnya pendek

   “Huish!! Kau ni kak! Pakai terima macam tu je? Kau ni biar betul? Bagi aku jumpa mamat tu. Entah-entah dia nak kenakan kau ke? Hah! Mana tahu?” bebel angah
   “Ha’ah lah Dea. You ni pun satu. Kenapa tak tanya kat I atau angah You ni dulu?” sambung Imran
Alahai... dua orang abang aku ni.
   “Angah, relax lah. Kau relax boleh? Imran pun sama.” Kataku selamba sambil mencekak pinggang
  “Oi minah! Relax kau kata? Aku cepuk kau jadi pekasam jap lagi kang!” bidas angah
Imran hanya tersengih serupa kerang busuk. Tapi, hensem juga mamat ni. he he...
  “Dengar lah dulu.. Faris bagi aku gaji rm900. Kerja aku Cuma teman dia pi lunch then, dia akan hantar aku balik. Itu aje. Mudah kan?” terangku
  Angah dan Imran hanya terlopong...
“lalat bagi salam tu, tutup mulut tu. Kang ada yang makan lalat kang” kataku selamba sambil duduk bersebelahan angah
Angah mencebik. Imran pula pantas menutup mulutnya. Cover macho lah tu. Ha ha!
  “Rm900? Ermm... dia tu anak orang kaya ke? Macam tak betul je” kata angah
“Apesal pula?” soalku hairan sambil mengangkat kening ala-ala Ziana Zain
“Iyalah... dia tu macam tak betul je. Muka macam kau ni adanya suruh menyamar jadi awek dia? Ha ha! Kelakar wehh!” kata angah sambil mengekek-ngekek ketawa
   “Weh Amri! Cakap agak-agak” marah Imran
“Opss! Ada bf dia pula kat sini. Sory-sory.”
Mencerlung aku memandang ke arah angah.
 
 “Apa kata, You ikut je dia dulu. Nanti kalau ada apa-apa yang tak kena, you boleh call I. Anytime!” kata Imran tiba-tiba. Kononnya ingin menutup malunya
  Angah mencebik
“Ermm.. I pun rasa macam tu....” kataku meleret sambil tersenyum ke arahnya.
  “Iyalah kak. Aku rasa betul apa Imran cakap tu”
“Ermm... iyalah. Haii... misteri betul. Susah jadi famous ni” kataku sambil menuju kea rah bilik tidur
  Angah menjelir lidahnya. Imran hanya menggeleng.



penulis 'cinta si mrs iceberg'

Comments

Popular posts from this blog

FACE SCRUB HANDMADE BY KASIH EYNA

Hai Assalammualaikum semua..... eyna nak maklumkan pada semua....eyna da tambah produk baru....face scrub coffee....yang mana yang belum cuba lagi tu...marilah singgah di page fb eyna https://www.facebook.com/Scrub-handmade-by-kasih-eyna-1420618404864932/....banyak maklumat yang eyna share tentang produk eyna...tak pun..korang boleh follow intagram eyna https://www.instagram.com/kasih_eyna/ sebab eyna jarang lah update blog ni..almaklumlah bila nk update tu..eyna ske update guna laptop..nak buka laptop tu pula...ermmmmm..entah bila an...so kalau korang sudi..korang like la page eyna...dan follow insta eyna.... okee ni dia face scrub coffee y eyna keluarkan...handmade by me 100%...bebas bahan kimia....organic produk...tak rugi kalau korang cuba pun..sebab harga nya mampu milik...   kalau nak cuba...nak senang terus je wasup eyna 011-16048661... dan ini manfaat produk ini. banyakkn????so apa lagi...meh la cuba produk ini...dijamin puas hati.... ha ...

Kasih itu Inspirasi Tanda Cinta

Assalammualaikum…. Pada 14/01/2014 yang lalu aku dengan geng2 puteri aku dr DUN Gmenecheh telah pergi ke stadium paroi di seremban menghadiri satu program anjuran belia..program apa?? KISS namanya….huhu….iaitu kasih itu inspirasi tanda cinta xsilap aku…hehe..aku lupa..sebab kertas tentatif program aku tercicir entah mana..hehehehehee…..program itu agak best lah sebab slot2nya amat menarik….duk dengar org berpuisi je…hahahahahaaaa…..penceramah program tu pun mampu buat aku dan geng2 lain tergelak sakan sebab penyampaiannya agak mencuit hati kitaorang dan kitaorang xrasa mengantuk pun tau……huhu….. Lepas habis program tu macam biasalah kami de sesi bergambar, penyerahan sijil dan jamuan makan sedikit..alhamdulillah……

eyna jadi cikgu????what?????

okeee.....entry aku kali ni...sedikit gempak lah.....tapi xde la gempak sangat tapi gempak lajugak....bile korang baca entry aku ni mesti korang perli aku..."what???eyna jadi cikgu???xpercaya aku..ayat dia, perkataan dia kat blog pun lintang pukang macam mana die nak jadi cikgu???". Betul x???mesti korang de cakap cm tu an????hehehee...aku tau..mesti de nye yang berbunyik cm tu......hahahahahaa..tapi serius la....aku pernah jadi cikgu..... malas nak taip panjang-panjang..hari ini mood aku nak upload picture je..hahahahaa..malas nak menaip.....ggggrrrrr.... act...bnyak lagi picture...tapi aku xtau kat mana aku simpan........hahahahahahahaa..tinggal yang ni je........de picture aku dengan student aku kat smk dato taha..bnyak gak la..hensem-hensem dan cun-cun diaorang tapi sayang xpat upload masuk dalam blog aku...hahahahahaa...sorry......