Skip to main content

Cinta Si Mrs Iceberg Episode 6


     “Amri, aku nak cakap sikit ni” tegur Imran

Amri yang asyik dengan makanannya sedikit terkejut dengan teguran Imran.

   “ermm? Apanye? Macam ade hal penting je”
Imran tersengeh
“aku nak minta tolong kau ni”
“apa dia?” soal Amri
     “aku nak minta tolong kau tackle si Dea tu” terang Imran
Tersembur minuman yang disedut oleh Amri.

     “hah? Kau nak suruh aku tackle adik aku yang serupa gangster tu?? Ada taste kau kat dia kan? Ha ha!” kata Amri sambil mentertawakan Imran

            “takda taste kau cakap? Weh bro! Sesiapa Nampak adik kau pun boleh terpikat tau! Alaa... sebab dia singa lah aku suruh kau tolong. He he!” terang Imran

   Amri berkata di dalam hati. ‘aku bukan taknak tolong kau. Tapi, adik aku ada sejarah dia. Aku taknak dia terluka lagi’  sepi seketika.
     “Ermm.. iyalah. Nanti aku tolong. Tapi, aku tak janji tau dia nak terima tak” kata Amri
         “yeahh! Sayang kau kawan” kata Imran yang hampir memeluk Amri. Nasib Amri sempat mengelak.
“weh! Aku bukan gay. Ha ha!”
Imran mencebik.

       “Along, ibu rindu akak lah. Pinjam telefon kamu sekejap” kata ibu sambil meminta kebenaran untuk menelefon anak kesayangannya
    “Nah! Tapi, kredit tak banyak sangat bu. Ibu guna je lah” Mira menyuakan telefon bimbitnya kepada Mak Ina
  Ibu mendail nomborku. Pantas sahaja aku menekan punat hijau untuk menjawab
     “Assalamualaikum, Along?” soalku
 “waalaikumussalam, ibu ni” Ibu? Ibu? Aku hamper menitiskan airmata
    “Ibu! Akak rindu ibu! Ibu sihat? Ibu dah makan?”
    “Ibu sihat. Akak macam mana kat sana? Okee ke? Ibu risau sangat. Dah dua hari akak tak tipon ibu. Akak busy ke sekarang? Maaflah, kalau ibu ganggu akak sekarang” kata ibu tenang

   Ya Allah bu, ibu tak ganggu akak lah. Ibu tak pernah ganggu akak pun. Akak je yang busy sangat kat sini. Maafkan akak bu. Bisik hati kecilku. Sungguh aku yang bersalah kerana lupakan ibu di kampong. Sudah dua hari aku tidak menelefon ibu

      “Eh! Mana ada ibu ganggu. Lagipun, kerja akak ni bukannya busy sangat. Cuma kena jaga kaunter bayar je. Lepas tu, susun-susun buku di rak-rak yang tak disusun lagi. Akak minta maaflah sebab akak tak call ibu. Akak rindu sangat kat ibu. Ibu macam mana kat kampong? Ayah? Along? Lisya?” soalku
      “Ibu okee aje. Semua okee kat sini. Kami risaukan kamu tu! Dah jauh dari mata kami. Kalau dulu boleh juga dengar kamu berceloteh. Erm...” terang ibu

   Aku ketawa kecil
  “Hi hi.. Ibu, mungkin angah cuti nanti, kitorang balik kampong ye?”
    “ermm.. iyalah. Okee lah kak, ibu banyak kerja lagi ni. kirimsalam kat abang kamu tu. Jaga diri elok-elok” pesan ibu
  “InsyaAllah. Ibu pun sama. Kirimsalam juga kat rumah sana” balasku.
     Aku mematikan talian setelah menjawab salam ibu.
        “kak! Orang keluar kejap. Nak pi beli air. Akak nak kirim?” soalku kepada Kak Yati
     “Belikan akak air soya dengan roti. Lapar pula”
   “okee!” balasku lantas mencapai gitar yang berada di sebelah kaunter bayar
 “Nak juga angkut gitar tu ye” sindir Kak Yati. Sinis saja kedengaran
     “Mestilah. Inilah teman penghibur Dea tau. He he..”
  Kak Yati mencebik. Ada aje minah ni tau! Aku curi gitar dia tu baru tahu. Padan muka. Ha ha! Kak Yati ketawa sendirian.
    
   “Allah! Maaf, nasib air ni tak tumpah” kataku berlalu pergi
   “Ehh! Kejap” pinta lelaki itu
  “Apa?” soalku hairan
 “Kita pernah jumpa ke?” soal lelaki itu
Aiyyakk! Bila pula aku jumpa mamat encem macam ni. Wuu.. bangga aku kalau dapat keluar date dengan dia. He he..
   “Hah? I think..... nope. Why?” soalku
“Nothing! By the way, can you help me?” pinta lelaki itu
    “What?”
   Aku rasa dia ni sesuai. Baju labuh? Sopan? Mata dia kenapa? Em... tapi, gaya macam kasar je. Ahh!! Lantak lah.
  “Bila lagi kita boleh jumpa?” soal lelaki itu
Aikk! Mamat ni dah kenapa? Errr..
  “Lu buatlah appointment awal-awal dengan aku. Kenapa ye?” ahhh! Kenapa aku ni kasar sangat. Depan mamat encem ni pun aku tak dapat nak cover.
  Huish! Ni gangster tang mana pula sesat sini ni. Bisik hati kecil lelaki itu. Terkejut wooww! Selalunya perempuan yang jumpa aku, mesti ‘i u i u’ Alahai.. menakutkan je.
    “Amboi! Garangnya. Kau kerja ke sekarang? Kalau boleh, sekarang juga aku nak angkut kau bawa pi restoran seberang sana.” Terang lelaki itu
   Errmm.. nak belanja aku makan eh? He he..
“Apesal pula? Aku kerja sekarang. Tak free lah.”
     “Kau kerja mana? Tak ape lah. Esok kita jumpa kat restoran depan tu. Pukul 3 petang. Okee?” putus lelaki itu
   Perlu ke aku ikut  dia ni? macam tak betul je. First time aku jumpa mamat macam ni. Aku terlanggar, dia terus ajak jumpa? Err menakutkan lah pula. Tak apa lah. Aku ajak Farah lah esok.  “okee!” putusku

   “Oi! Nenek! Termenung ni kenapa? Dilamun cinta hape?” tegur Kak Yati
   Terkejut aku...
Hai lah akak ni.. dah nak kahwin pun membebel lagi. Macam mana lah suami dia nanti heh? Mesti cair tahi telinga bila dengar dia membebel 24 jam. Nasib kau lah Abang Fauzan oii! Selorohku di dalam hati
  Tetiba aku teringat pula kat mamat tadi...
“Kak! Orang nak tanye lah.... akak apa perasaan akak bila terlanggar orang yang kita tak kenal then, orang tu tetiba ajak kita jumpa?” aku Tanya pendapat Kak Yati aje
   “Hah? Kenapa? Tak pernah pula akak alami” kata Kak Yati
Aku pun menceritakan kejadian tadi kepada Kak Yati dari A sampai Z
   “Huish! Macam serius je bunyi nya. Encem cangat ke? He he...”
Ahh! Kak Yati ni. Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Aku buat muka sememeh
   “Okee-okee.. ermm.. apa kata, Dea pergi je jumpa. Tapi, Dea bawa lah kawan. Akak? Ala.. akak tak dapat ikut lah. Sorry lah yunk” kata Kak Yati
  “Itulah... orang ingat, orang nak ajak Farah. Ehh! Kak, bila masa orang ajak akak ni? Ha ha!” kataku sambil ketawa terkekek-kekek
Kak Yati mencebik. Ade aje minah ni tau.


penulis 'cinta si mrs iceberg'

Comments

Popular posts from this blog

FACE SCRUB HANDMADE BY KASIH EYNA

Hai Assalammualaikum semua..... eyna nak maklumkan pada semua....eyna da tambah produk baru....face scrub coffee....yang mana yang belum cuba lagi tu...marilah singgah di page fb eyna https://www.facebook.com/Scrub-handmade-by-kasih-eyna-1420618404864932/....banyak maklumat yang eyna share tentang produk eyna...tak pun..korang boleh follow intagram eyna https://www.instagram.com/kasih_eyna/ sebab eyna jarang lah update blog ni..almaklumlah bila nk update tu..eyna ske update guna laptop..nak buka laptop tu pula...ermmmmm..entah bila an...so kalau korang sudi..korang like la page eyna...dan follow insta eyna.... okee ni dia face scrub coffee y eyna keluarkan...handmade by me 100%...bebas bahan kimia....organic produk...tak rugi kalau korang cuba pun..sebab harga nya mampu milik...   kalau nak cuba...nak senang terus je wasup eyna 011-16048661... dan ini manfaat produk ini. banyakkn????so apa lagi...meh la cuba produk ini...dijamin puas hati.... ha ...

Kasih itu Inspirasi Tanda Cinta

Assalammualaikum…. Pada 14/01/2014 yang lalu aku dengan geng2 puteri aku dr DUN Gmenecheh telah pergi ke stadium paroi di seremban menghadiri satu program anjuran belia..program apa?? KISS namanya….huhu….iaitu kasih itu inspirasi tanda cinta xsilap aku…hehe..aku lupa..sebab kertas tentatif program aku tercicir entah mana..hehehehehee…..program itu agak best lah sebab slot2nya amat menarik….duk dengar org berpuisi je…hahahahahaaaa…..penceramah program tu pun mampu buat aku dan geng2 lain tergelak sakan sebab penyampaiannya agak mencuit hati kitaorang dan kitaorang xrasa mengantuk pun tau……huhu….. Lepas habis program tu macam biasalah kami de sesi bergambar, penyerahan sijil dan jamuan makan sedikit..alhamdulillah……

eyna jadi cikgu????what?????

okeee.....entry aku kali ni...sedikit gempak lah.....tapi xde la gempak sangat tapi gempak lajugak....bile korang baca entry aku ni mesti korang perli aku..."what???eyna jadi cikgu???xpercaya aku..ayat dia, perkataan dia kat blog pun lintang pukang macam mana die nak jadi cikgu???". Betul x???mesti korang de cakap cm tu an????hehehee...aku tau..mesti de nye yang berbunyik cm tu......hahahahahaa..tapi serius la....aku pernah jadi cikgu..... malas nak taip panjang-panjang..hari ini mood aku nak upload picture je..hahahahaa..malas nak menaip.....ggggrrrrr.... act...bnyak lagi picture...tapi aku xtau kat mana aku simpan........hahahahahahahaa..tinggal yang ni je........de picture aku dengan student aku kat smk dato taha..bnyak gak la..hensem-hensem dan cun-cun diaorang tapi sayang xpat upload masuk dalam blog aku...hahahahahaa...sorry......