Skip to main content

Cinta Si Mrs Iceberg Episod 4


     KIni, aku menjejak kaki ke dunia penuh sesak. Haaa! Sampai nafas aku pun boleh sesak. Fuyyooo!! Ada mat salleh kat KL Sentral wow! Cheh! Gayat pula aku. He he! Aku mengikuti langkah angah. Aku pun tak tahu dia nak bawa aku pi mana. Aku ikut je lah.
   “kak, kau tunggu jap. Aku nak beli air. Kau nak air apa?” Tanya angah memandang ke arah aku
   “hah? Air? Air minum je lah. Asalkan air. Jangan kau bagi aku air paip sudah. Nanti sakit perut aku” kataku sambil memandang ke arah sekeliling
    “ish budak ni! aku cepuk kang!” kata angah bengang sambil berlalu pergi. Betul cakap abah. Minah ni sah tercabut wayar kat kepala. Huh! Bebel angah di dalam hati
Sedang aku menunggu angah. Ada pula seorang mamat ni datang menghampiri aku. Handsome. Macam Francis. Mata dia pun lawa. Macam mata aku. Cheh! Perasan! Ha ha! Dia menyapaku
   “hye.. alone?” soal mamat itu. Dia mengambil posisi di sebelahku
  “hah? Yes” kataku sedikit gugup. Iyalah... orang aku tak kenal tetiba je tegur aku. Mana tak gugup. Encem pulak tu. Biar aku telek muka dia. Wuuu! Bibir dia lawa. Kaler pink gitu. Mata dia? Ha ha! Oke-oke mata dia lawa. Warna biru-biru gitu. Fuhh!! Macam Francais lah. Cover cun cover cun. Ha ha! Kau ni Dea. Sengal! Dia menyepi. Aku pun duk je lah diam-diam. Takkan nak memekak pula.
    “jom!” kata angah sambil menyerahkan sebotol air kepadaku
 “your boyfriend?” soal mamat itu
      Erk?? Aku tahulah angah ni hensem. Aku pun apa kurangnya lawa. Kalau kat sekolah dulu, ramai giler peminat angah ni. Selalu diorang minta no angah kat aku. Aku pun dah naik giler dah sebab dapat abang yang hensem giler macam dia ni. Tapi, angah ni mana boleh aku puji dia sikit. Nanti kembang sebaldi mamat ni. cis!!
  “ouh.. no! He’s my brother!” senyumku berlalu pergi. Mamat tu hanya memerhatikan aku dari belakang. Angah dah blah dulu dah. Suke-suke dia je tinggalkan aku macam tu.

     “masuk lerr.. yang kau tertonggok kat situ dah kenapa?” kata angah sambil mengangkat begnya masuk ke dalam rumah
  “ada siapa je dalam rumah kau ni?” soalku serius
  “ada kawan aku sorang. Lelaki. Tapi, kau jangan risau. Dia tu baik. Bilik kau kat sini. Bilik aku kat sebelah ni. Bilik kawan aku kat hujung sana. Nasib rumah ni ada tiga bilik. Kalau tak, aku dah sumbat kau duk bawah katil” kata angah sambil membuka pintu bilik yang akan menjadi bilikku. Aku mencebik. Ermm.. besarlah juga. Banyak juga duit angah sewa rumah macam ni. Patutlah tiap bulan  mesti ada je duit yang dia hantar untuk kami ke kampung.
    “alah kalau kau nak sumbat aku kat peti ais pun aku tak kisah. Janji, aku boleh tidur” kataku sambil menjeling ke arah angah dan terus menutup pintu bilik. Angah hanya menggeleng
    “ehh kak! Kau mandi cepat. Lepas tu, boleh ikut aku pi temu duga kat tempat kerja kau yang aku dah carikan tu. Cepat sikit!!” Jerit angah. Aku hanya mengangguk. Walaupun, aku tahu angah takkan Nampak anggukan aku tu. Tapi, angah boleh Nampak dengan menggunakan aura dia. Ha ha!!

  “okee. Cik diterima bekerja di sini. Selamat datang” kata ketua di sebuah Kedai Buku Popular yang terkemuka di sini. Buku-buku ni yang aku suka ni. Dapatlah juga aku novel free kat sini. Boss kat sini pun macam baik je. He he! Amek kesempatan dalam kesempitan. Sempit ke? Luas ade lah. Dulu kat kampong, kalau nak baca novel pun pinjam aje kat si Hana dengan Miya. Tak lupa juga kat si Ikmal a.k.a Downy tu. Mamat tu pun suka juga baca novel. Rindu pula aku kat kampong. Ermmm...
    “bila saya boleh start kerje ye Puan?” soalku kepada Pn. Salma.
“esok boleh?”kata Pn. Salma sambil tersenyum ke arahku
   “ouh ye ye. Boleh Puan. Terima kasih puan.”kataku riang berlalu pergi

      Sarapan telah pun aku sediakan. Harini, menu nasi goring je. Lagipun baru first time kot aku sediakan sarapan untuk angah dengan kawan dia. Selesai aku buat sarapan, aku menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh. Mandi? Tak payah. Aku dari sebelum subuh dah mandi.
  Usai solat Subuh. Aku mengenakan baju labuh berwarna ungu cair dan tudung bawal berwarna ungu pekat. Aku melihat penampilan aku di cermin. Huh? Puas! Alhamdulillah aku masih menjaga aurat aku. Kalau nak jadi muslimah sejati, pakailah pakaian yang Allah suka. insyaAllah, syurgalah tempatnya.
    “wow!! Ada orang masak untuk kitalah” kata Imran, kawan baik angahku.
“erm... sedapnya” puji Imran sambil menyuap nasi goring yang aku siapkan sebentar tadi
    “Minah tu jangan dipuji lebih. Nanti kembang setaman pula” Angah senyum mengejek ke arahku. Aku mencebik
“apa kau ni Amri, patutnya kau bersyukur. Ni tidak, dikutuknya adik kau tu. Kesian you dapat abang macam ni” kata Imran penuh makna.
   “ha ha! Ada-ada aje you ni. okee lah angah, aku pi kerja dulu” kataku kira-kira hendak membuka pintu rumah
     “kak, kau pi naik apa?” soal angah
“hah? Naik gajah terbang” aku memusingkan badan aku 90 darjah ke belakang
      “aku cepuk juga budak ni kang” marah angah
“oii! Adik kau punya lawa kau nak cepuk-cepuk” kata Imran bengang
“he he... aku naik teksi je kot. Tak pun, jalan kaki je. Lagi pun, dekat je” terangku
      “ehh! Tak boleh. Biar aku hantar. Kau tu bukannya betul. Kang silap-silap, sesat jalan pula” kata angah menghampiri aku
Sayang juga kau kat aku ye bang. He he!



penulis 'cinta si mrs iceberg'

Comments

Popular posts from this blog

FACE SCRUB HANDMADE BY KASIH EYNA

Hai Assalammualaikum semua..... eyna nak maklumkan pada semua....eyna da tambah produk baru....face scrub coffee....yang mana yang belum cuba lagi tu...marilah singgah di page fb eyna https://www.facebook.com/Scrub-handmade-by-kasih-eyna-1420618404864932/....banyak maklumat yang eyna share tentang produk eyna...tak pun..korang boleh follow intagram eyna https://www.instagram.com/kasih_eyna/ sebab eyna jarang lah update blog ni..almaklumlah bila nk update tu..eyna ske update guna laptop..nak buka laptop tu pula...ermmmmm..entah bila an...so kalau korang sudi..korang like la page eyna...dan follow insta eyna.... okee ni dia face scrub coffee y eyna keluarkan...handmade by me 100%...bebas bahan kimia....organic produk...tak rugi kalau korang cuba pun..sebab harga nya mampu milik...   kalau nak cuba...nak senang terus je wasup eyna 011-16048661... dan ini manfaat produk ini. banyakkn????so apa lagi...meh la cuba produk ini...dijamin puas hati.... ha ...

Kasih itu Inspirasi Tanda Cinta

Assalammualaikum…. Pada 14/01/2014 yang lalu aku dengan geng2 puteri aku dr DUN Gmenecheh telah pergi ke stadium paroi di seremban menghadiri satu program anjuran belia..program apa?? KISS namanya….huhu….iaitu kasih itu inspirasi tanda cinta xsilap aku…hehe..aku lupa..sebab kertas tentatif program aku tercicir entah mana..hehehehehee…..program itu agak best lah sebab slot2nya amat menarik….duk dengar org berpuisi je…hahahahahaaaa…..penceramah program tu pun mampu buat aku dan geng2 lain tergelak sakan sebab penyampaiannya agak mencuit hati kitaorang dan kitaorang xrasa mengantuk pun tau……huhu….. Lepas habis program tu macam biasalah kami de sesi bergambar, penyerahan sijil dan jamuan makan sedikit..alhamdulillah……

eyna jadi cikgu????what?????

okeee.....entry aku kali ni...sedikit gempak lah.....tapi xde la gempak sangat tapi gempak lajugak....bile korang baca entry aku ni mesti korang perli aku..."what???eyna jadi cikgu???xpercaya aku..ayat dia, perkataan dia kat blog pun lintang pukang macam mana die nak jadi cikgu???". Betul x???mesti korang de cakap cm tu an????hehehee...aku tau..mesti de nye yang berbunyik cm tu......hahahahahaa..tapi serius la....aku pernah jadi cikgu..... malas nak taip panjang-panjang..hari ini mood aku nak upload picture je..hahahahaa..malas nak menaip.....ggggrrrrr.... act...bnyak lagi picture...tapi aku xtau kat mana aku simpan........hahahahahahahaa..tinggal yang ni je........de picture aku dengan student aku kat smk dato taha..bnyak gak la..hensem-hensem dan cun-cun diaorang tapi sayang xpat upload masuk dalam blog aku...hahahahahaa...sorry......