Skip to main content

MY BUSKERS CORNER PLATFORM BELIA TAMPILKAN BAKAT




 gambar hanya hiasan

gambar hanya hiasan
MELAKA 2 Feb. - Sebanyak 10 bandar raya akan menyediakan tempat awam yang dikenali sebagai My Buskers Corner bagi memberi peluang kepada pemuzik jalanan khususnya golongan belia menampilkan bakat mereka di khalayak ramai. 

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, My Buskers Corner merupakan platform yang lebih teratur untuk penghibur jalanan mempamerkan bakat mereka. 

Menurutnya, aktiviti tersebut diwujudkan menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sepuluh bandar terpilih dan ia sebagai usaha menghidupkan aktiviti di bandar berkenaan. 

Beliau berkata, bandar raya Melaka dipilih sebagai perintis projek My Buskers Corner sebelum disusuli sembilan buah bandar raya iaitu Kuantan, Port Dickson, Ipoh, Johor Bahru, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuching, Kota Bahru dan Kota Kinabalu. 

''Kementerian melihat persembahan berkonsepkan busking berpotensi untuk menjadi elemen utama dalam meningkatkan kesejahteraan bandar. 

''Di bandar-bandar besar di dunia seperti di Central Park, New York City, Harajuku di Tokyo, Covent Garden di London dan Darling Harbour di Sydney, menjadi aktiviti busking yang diterima sebagai satu bentuk seni tersendiri. 

''Justeru, busker di negara ini juga turut berpotensi untuk mempromosikan bakat-bakat baharu dalam bidang seni memandangkan platform untuk mereka mengembangkan bakat seni adalah terhad," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan My Buskers Corner di Dataran Sungai, Bandar Hilir, di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, Datuk Latiff Tamby Chik dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu. 

Abdul Rahman berkata, program My Buskers Corner akan diselaraskan oleh PBT terbabit bagi menggerakkan aktiviti busking yang turut dimasukkan dalam kalendar sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014). 

Menurutnya, kira-kira 4,000 pemuzik dari Kelab Malaysia Buskers serta kumpulan muzik lain akan menyertai program tersebut. 

Beliau menegaskan, My Buskers Corner adalah satu bentuk seni yang sihat selaras dengan komitmen kerajaan menyediakan masa depan yang lebih baik kepada generasi muda.

Comments

Popular posts from this blog

FACE SCRUB HANDMADE BY KASIH EYNA

Hai Assalammualaikum semua..... eyna nak maklumkan pada semua....eyna da tambah produk baru....face scrub coffee....yang mana yang belum cuba lagi tu...marilah singgah di page fb eyna https://www.facebook.com/Scrub-handmade-by-kasih-eyna-1420618404864932/....banyak maklumat yang eyna share tentang produk eyna...tak pun..korang boleh follow intagram eyna https://www.instagram.com/kasih_eyna/ sebab eyna jarang lah update blog ni..almaklumlah bila nk update tu..eyna ske update guna laptop..nak buka laptop tu pula...ermmmmm..entah bila an...so kalau korang sudi..korang like la page eyna...dan follow insta eyna.... okee ni dia face scrub coffee y eyna keluarkan...handmade by me 100%...bebas bahan kimia....organic produk...tak rugi kalau korang cuba pun..sebab harga nya mampu milik...   kalau nak cuba...nak senang terus je wasup eyna 011-16048661... dan ini manfaat produk ini. banyakkn????so apa lagi...meh la cuba produk ini...dijamin puas hati.... ha ...

Kasih itu Inspirasi Tanda Cinta

Assalammualaikum…. Pada 14/01/2014 yang lalu aku dengan geng2 puteri aku dr DUN Gmenecheh telah pergi ke stadium paroi di seremban menghadiri satu program anjuran belia..program apa?? KISS namanya….huhu….iaitu kasih itu inspirasi tanda cinta xsilap aku…hehe..aku lupa..sebab kertas tentatif program aku tercicir entah mana..hehehehehee…..program itu agak best lah sebab slot2nya amat menarik….duk dengar org berpuisi je…hahahahahaaaa…..penceramah program tu pun mampu buat aku dan geng2 lain tergelak sakan sebab penyampaiannya agak mencuit hati kitaorang dan kitaorang xrasa mengantuk pun tau……huhu….. Lepas habis program tu macam biasalah kami de sesi bergambar, penyerahan sijil dan jamuan makan sedikit..alhamdulillah……

eyna jadi cikgu????what?????

okeee.....entry aku kali ni...sedikit gempak lah.....tapi xde la gempak sangat tapi gempak lajugak....bile korang baca entry aku ni mesti korang perli aku..."what???eyna jadi cikgu???xpercaya aku..ayat dia, perkataan dia kat blog pun lintang pukang macam mana die nak jadi cikgu???". Betul x???mesti korang de cakap cm tu an????hehehee...aku tau..mesti de nye yang berbunyik cm tu......hahahahahaa..tapi serius la....aku pernah jadi cikgu..... malas nak taip panjang-panjang..hari ini mood aku nak upload picture je..hahahahaa..malas nak menaip.....ggggrrrrr.... act...bnyak lagi picture...tapi aku xtau kat mana aku simpan........hahahahahahahaa..tinggal yang ni je........de picture aku dengan student aku kat smk dato taha..bnyak gak la..hensem-hensem dan cun-cun diaorang tapi sayang xpat upload masuk dalam blog aku...hahahahahaa...sorry......